Pada 30 September 2017, Unit Matematik KMP telah menganjurkan program Running Math 2017. Program ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran asas dalam Matematik serta memastikan pelajar mendapat gred C+ dan ke atas dalam PSPM.
Program yang dijalankan secara santai ini melibatkan 210 orang peserta daripada Jurusan Perakaunan dan Sains, semua pensyarah Unit Matematik serta dibantu oleh 30 orang sukarelawan.