• PSPM2023

img 0501dsc 0137

Pada 30 September 2017, Unit Matematik KMP telah menganjurkan program Running Math 2017. Program ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran asas dalam Matematik serta memastikan pelajar mendapat gred C+ dan ke atas dalam PSPM.

Program yang dijalankan secara santai ini melibatkan 210 orang peserta daripada Jurusan Perakaunan dan Sains, semua pensyarah Unit Matematik serta dibantu oleh 30 orang sukarelawan.

Untuk program ini, peserta dibahagikan kepada 30 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 7 orang ahli. Sebelum program bermula, semua peserta diberikan taklimat di Dewan Kuliah 2 pada pukul 12:00 tengah hari. Pada pukul 2:00 petang, setiap kumpulan akan bergerak ke tiga checkpoint yang telah ditetapkan iaitu di Dewan Seri Kayangan, Foyer Tutoran B dan Kafeteria B. Di setiap checkpoint, setiap ahli kumpulan perlu menjawab satu soalan Matematik dalam topik yang telah ditetapkan iaitu Functions & Graphs, Polynomials dan Limits. Setelah selesai menjawab soalan, terdapat aktiviti berbentuk permainan yang perlu dilengkapkan oleh setiap kumpulan sebelum bergerak ke checkpoint yang seterusnya. Di setiap checkpoint, terdapat 10 orang sukarelawan dan 6 orang pensyarah bertugas.

Semua peserta dan pensyarah Unit Matematik berkumpul di Dewan Kuliah 2 untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pada pukul 4:00 petang. Lima kumpulan dipilih sebagai pemenang berdasarkan markah tertinggi serta masa menjawab terpantas. Majlis disempurnakan oleh Ketua Jabatan Matematik, Pn. Fadli Izwan bt Md Isa.

Daripada maklum balas yang diterima daripada peserta selepas program, majoriti peserta berpuas hati dan berharap agar program ini diteruskan pada masa akan datang. 88% peserta bersetuju program ini membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam subjek Matematik. 70% peserta pula lebih beryakinan untuk menjawab soalan tutoran / PSE / latihan selepas terlibat dalam program ini.

Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math
Running Math
Running Math Running Math

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today13
Yesterday934
This week4053
This month18102
Total887397

Scroll to top