Kata Aluan      Organisasi      Pensyarah      Silibus      Aktiviti     Galeri     

 

 SEKAPUR SIRIH

 rosmadi

Assalamulaikum wbt dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada Unit Matematik untuk mempunyai ruang hebahan kepada pengunjung laman web KMP. Selamat datang diucapkan. Semoga kehadiran anda dapat memberi gambaran umum dan informasi yang berkesan mengenai Unit Matematik di KMP.

Unit Matematik terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai pelbagai pengalaman dan kelayakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Sepanjang pengajian Program Satu Tahun (PST) di KMP, pelajar jurusan Sains dan Perakaunan diwajibkan mengambil subjek Matematik pada setiap semester. 

Pelajar jurusan  Sains akan mengambil  subjek Matematik SM015 dan SM025. Manakala pelajar jurusan Perakaunan pula diwajibkan mengambil subjek Matematik AM015 dan AM025.

Proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dijalankan secara kuliah dan tutorial. Setiap semester pelajar akan dinilai berdasarkan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir semester. Oleh demikian, semua pelajar haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah Matematik atas komitmen tinggi yang diberikan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam subjek Matematik tetapi secara keseluruhannya dari segi akademik dan sahsiah.

Sekian, terima kasih.

 

Ketua Unit Matematik

Mohammad Rosmadi Mahamad Yusop

Pengarah KMP

 DSC6624

Mohd Fuad Bin Mohd Noor

Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today369
Yesterday364
This week369
This month4764
Total8881

Scroll to top