• SOP

depan

Minggu Sains 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) , telah berlangsung dari 2 Ogos hingga 4 Ogos 2017 dengan tema “Ignition Imagination”. Tema ini dipilih selaras dengan objektif program bagi mewujudkan minat terhadap subjek sains dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Perasmian Minggu Sains disempurnakan oleh Puan Hajjah Mardiana Binti Abd Rahim, Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis pada 2 Ogos 2017 dengan gimik perasmian ‘Water Rocket’ yang disediakan oleh Unit Fizik, KMP.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan Unit Biologi , Unit Fizik dan Unit Kimia telah dirangka dan dirancang dengan teliti.

Konsep Pembelajaran Berasaskan Pertandingan, seperti pertandingan Physics :Water Roket, Physics : Spaghetti Bridge, Biology Model 3D : Animal and Plant, Chem Draw &Chem Explorace menerima penyertaan yang memberangsangkan dari para pelajar. Melalui penyertaan di dalam pertandingan yang disediakan, para pelajar berjaya memperlihatkan keupayaan mereka dalam merancang dan menghasilkan pelbagai jenis model. Sikap kerjasama sesama ahli kumpulan telah berjaya diwujudkan.

Pameran yang disediakan adalah berkonsepkan eksperimental di mana pelajar diberi peluang mencuba dan meneroka sendiri aktiviti – aktiviti tersebut. Unit Biologi menyediakan sudut Pemeriksaan Kesihatan yang dikendalikan oleh pelajar sendiri. “Crime Scene Investigation Game” pula memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan kes. Di samping itu, para pengunjung turut berpeluang meneroka Keajaiban Sel Makhluk Hidup dengan menggunakan Miksroskop Digital dengan bantuan para pelajar Biologi, supaya teknik yang digunakan adalah betul dan selamat. Pelbagai model interaktif turut disediakan bagi meningkatkan kefahaman pengunjung dan pelajar terhadap Prinsip Anatomi dan Fisiologi.

Unit Kimia menyediakan aktiviti “Instant Ice Cream”dengan konsep “Freezing Point Depression” di mana garam digunakan bagi merendahkan suhu pembekuan ais dan menghasilkan aiskrim dalam tempoh yang singkat,menguji pH melalui eksperimen“Organic pH indicator : Cabbage Chemistry” dan “Food Electricity” yang menggunakan sumber makanan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Unit Fizik memberi peluang kepada pelajar memahami konsep gelombang dengan menyediakan eksperimen menarik melibatkan Konsep“Standing Wave” dan “Sound Wave”. Pelajar turut berpeluang mengaplikasikan konsep “Conservation of Energy” melalui model Mini Roller Coaster, dan melakukan eksperimen yang melibatkan konsep “Inersia” menggunakan susunan secara rawak pelbagai jenis buku.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Perlis turut menyumbangkan kepakaran mereka di dalam menyampaikan maklumat berkaitan ubat – ubatan terlarang dan berkongsi tip dan nasihat berkaitan amalan “ Kenali Ubat Anda”.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan seperti yang dirancangkan. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa program dan pelajar telah menyumbang kepada kelangsungan dan kelancaran program ini. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Minggu Sains KM...
Minggu Sains KMP 2017 Minggu Sains KMP 2017

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2023 KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today821
Yesterday1071
This week2712
This month8141
Total609662

Scroll to top