Kata Aluan
Ditulis oleh Makmal SainsKata Aluan | Organisasi | Kakitangan | Bidang Tugas | Aktiviti | Galeri |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana nikmat yang banyak yang telah dikurniakaNya,dapat saya melayari laman web ini. Kepada warga KMP selamat melayari laman web ini. Ahlan wa sahlan.... Jika ada sebarang kesukaran dilaman web ini,saya dengan penuh rela hati memohon ampun dan maaf. Saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya memberi kekuatan untuk saya, menyampaikan kata-kata aluan di Unit Pengurusan Makmal Sains, Kolej Matrikulasi Perlis yang baru dihasilkan ini. Juga tidak dilupakan, tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua Staf Makmal di atas usaha dan sumbangan yang diberi selama ini demi meningkatkan paradikma Unit Pengurusan Makmal Sains. Saya mengalu-alukan Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk mengenali Unit Pengurusan Makmal Sains, Kolej Matrikulasi Perlis melalui laman web ini. Semoga Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan mendapat maklumat yang diperlukan serta dapat kita bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan Tuan/Puan/Saudara/Saudari demi meningkatkan perkhidmatan kami. Sekian, Terima Kasih
Hassan Bin Man Ketua Pembantu Makmal Kolej Matrikulasi Perlis
|