KATA ALUAN ORGANISASI KAKITANGAN BIDANG TUGAS AKTIVITI

 pkpk3

 

Kolej Matrikulasi Perlis telah diarahkan untuk merancang dan membangunkan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Keusahawanan (PKPK) bagi menggantikan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan. Keputusan ini telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Pengarah- Pengarah Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 14 Mei 2013 di Hotel Corous Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Mereka mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan. Melalui pembangunan usahawan, penawaran terhadap produk dan perkhidmatan akan bertambah. Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan pula akan diwujudkan melalui penawaran baru yang diusahakan oleh usahawan. Melalui proses penawaran dan permintaan maka pusingan sumber-sumber ekonomi akan berlaku dan pengaliran perdagangan akan terus meningkat. Perniagaan yang dilakukan oleh usahawan akan menjana keuntungan kepada usahawan dan memberi sumber pendapatan kepada masyarakat dan negara. Keuntungan yang dinikmati oleh usahawan akan memberi pendapatan kepada kerajaan melalui cukai dan pendapatan yang diperolehi oleh pekerja akan mewujudkan permintaan terhadap produk-produk lain. Sekiranya bidang usahawan ini dapat digerakkan dalam skala yang besar, ianya akan memberi kelebihan berganda kepada sesebuah negara.

 

Perancangan dan pembangunan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Keusahawan Kolej Matrikulasi Perlis akan di fokuskan kepada empat komponen iaitu pembentukan kumpulan pelajar, bimbingan usahawan, pelaksanaan incubator dan penganugerahan. Oleh itu, skop perancangan dan pembangunan keusahawan PKPK di KMP ini akan di sesuaikan dengan kemudahan infrastruktur kolej, kemahiran pensyarah dan pelajar, masa pelajar, peruntukan kewangan dan dasar BMKPM.

 

MOHAMAD NAIN BIN JUSOH

Penyelaras

Pusat Kecemerlangan Pembangunan Keusahawanan (PKPK)

Kolej Matrikulasi Perlis

 

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today393
Yesterday754
This week3499
This month17548
Total886843

Scroll to top