aboutus-hyderabad 7

Kata Aluan       Organisasi        Pensyarah        Silibus         Aktiviti        Galeri

SEKAPUR SIRIH

 

WhatsApp Image 2020-07-03 at 11.30.49 1

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perkenalan kepada semua yang mengunjungi laman web ini. Selaras dengan perkembangan semasa, Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) terus bergerak ke hadapan dengan mengaplikasi pembelajaran abad ke-21 dalam usaha mencungkil potensi pelajar, memupuk dan memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill) sebagai gaya hidup dan amalan sepanjang hayat. Pelajar-pelajar yang mempunyai soft skill serta mengamalkan nilai murni sudah tentunya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan nilai tambah ini sangat membantu mereka untuk mencapai kejayaan seterusnya.

Dengan kepelbagaian latar bidang akademik dan latar belakang sosial dalam kalangan pensyarah-pensyarahnya, Unit Pengajian Am Matrikulasi KMP telah menggunakan segala peluang yang ada untuk memantapkan lagi silabus subjek Pengajian Am Matrikulasi di KMP melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang boleh memberi impak positif dan maksimum kepada para pelajarnya.

Semoga Allah swt  mempermudahkan tugas kami sebagai pensyarah dalam melaksanakan amanah untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Hala tuju yang jelas dan komitmen tinggi ditunjukkan oleh rakan pensyarah sudah tentu akan menjadikan visi dan misi KMP menjadi sebuah institusi yang cemerlang akan terlaksana.

 

Sekian. Terima kasih

 

NOORLIDA BINTI MOHAMAD ARIF

Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi

 

 


 

Pengarah KMP

 DSC6624

Mohd Fuad Bin Mohd Noor

Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today488
Yesterday821
This week5116
This month14123
Total59241

Scroll to top