KATA ALUAN
Ditulis oleh Unit EkonomiKata Aluan | Organisasi | Pensyarah | Silibus | Aktiviti | Galeri |
SELAMAT DATANG KE UNIT EKONOMI
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah-dua kata dalam Web Unit Ekonomi ini.
Perkembangan ICT telah membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang khususnya dalam pendidikan. Melalui Perkembangan ICT ini diharap meningkatkan lagi perkembangan Unit Ekonomi selaras dengan VISI dan MISI kolej. Dengan Komitmen semua pensyarah yang berdidikasi akan mampu merealisasikan VISI dan MISI Unit Ekonomi telah mengambil peluang ini untuk memaparkan segala maklumat tentang unit ekonomi KMP. Manfaat ini akan dapat dikongsi bukan sahaja oleh keseluruhan warga kolej, malah dapat memberi maklumat kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini.
Akhir sekali, sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberi sumbangan secara lansung dan tidak langsung dalam pembinaan laman web ini.
ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SOBRI
Ketua Unit Ekonomi
Kolej Matrikulasi Perlis