Piagam Pelanggan
Ditulis oleh JK Laman Web KMP
Kami warga KMP dengan penuh iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk :
-
- Memastikan pelajar menamatkan pengajian setiap sesi dengan jayanya.
- Memastikan proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
- Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru selaras dengan perancangan yang telah disediakan .
- Memastikan pensyarah dan pelajar menerima jadual waktu selewat-lewatnya sehari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula.
- Memastikan kemudahan prasarana peperiksaan disediakan dengan lengkap dan sempurna sekurang-kurangnya dua hari sebelum peperiksaan bermula.
- Memastikan pelajar-pelajar berpeluang mengikuti aktiviti luar kokurikulum sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pengajian.
- Memastikan pemantauan pengajaran dan pembelajaran setiap pensyarah berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam satu sesi pengajian.
- Memastikan setiap orang staf mengikuti latihan sekurang-kurangnya enam hari dalam setahun.