• PSPM2023

TAHNIAH PEGAWAI BARU & KENAIKAN PANGKAT.

Ditulis oleh COE
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Encik Mohd Jorasmin b. Mat Isa atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah HEP, Encik Muhammad Firdaus b. Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Unit Matematik dan Puan Farra Nur Hani bt Musa dilantik sebagai Penolong Pengarah Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perlis yang baharu. Semoga dengan pelantikan ini KMP terus cemerlang dan gemilang dalam memartabatkan Program Matrikulasi KPM.
PEG BARU 1
 
 
Tahniah & Selamat Datang diucapkan kepada Puan Musliyana binti Ahmad Mahmud dan En. Khairul Hafiz bin Fadzil yang melapor diri sebagai Pegawai Kaunseling di Kolej Matrikulasi Perlis.
MUSLIYANA
 
 
 Selamat Datang diucapkan kepada En Azizi b Janan (Pustakawan) dan Encik Abdul Rahman b. Kharay (Pembantu Operasi) yang baharu.
Tahniah diucapkan kepada Puan Rose Yati bt. Ahmad (Pembantu Tadbir) dan Encik Mohd Zukhairi b. Hashim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) atas kenaikan pangkat masing-masing.
Syabas semua, semoga KMP terus cemerlang dan menjadi kolej pilihan utama pelajar untuk menyambung pengajian peringkat PraUniversiti.
PEG BARU
 

Taklimat Scammer Alert

Ditulis oleh COE

Taklimat Scammer Alert telah berjaya dianjurkan pada 13 Januari 2023 dj Dewan Sri Kayangan. Sesi taklimat ini disampaikan oleh En Mohd Huzir b. Mutaat, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Arau. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Exco Biro Sahsiah dan Keselamatan dan melibatkan penyertaan semua pelajar Jurusan Perakaunan dan Sains Hayat.

Dalam masa yang sama juga dilaksanakan di Dewan Kuliah 2, Program Cyber Security Awareness yang dikenalikan oleh pelajar tahun akhir dari College Of Computing, Informatics and Media Uitm Arau.

Adalah menjadi harapan agar kedua-dua program ini dapat meningkatkan kesedaran para pelajar khasnya dan barisan warga kolej amnya berkaitan dengan ancaman jenayah siber.

#kmpmyhome

#matrikulasidihatiku

Scammer

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today387
Yesterday754
This week3493
This month17542
Total886837

Scroll to top