• PSPM2023

TAKLIMAT PENGISIAN PORTAL SPLKPM BAGI TAHUN 2023 PERINGKAT UNIT BAHASA INGGERIS, KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Unit Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Taklimat Pengisian Portal SPLKPM Bagi Tahun 2023 Peringkat Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Perlis. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah Bahasa Inggeris tentang tatacara mengisi Portal SPLKPM yang terkini. Taklimat yang telah diadakan di Makmal Komputer 6, Kolej Matrikulasi Perlis pada 14 Januari 2023 ini telah disampaikan oleh Puan Adrilayanti binti Alauddin, pensyarah Unit Bahasa Inggeris. Semoga taklimat ini dapat memanfaatkan semua pensyarah Bahasa Inggeris.

eng aktiviti3

BENGKEL PENTAKSIRAN SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN WE023 ENGLISH 2 SESI 2022/2023

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Pada 18 hingga 19 Januari 2023, Unit Bahasa Inggeris Kolej Matrikulasi Perlis telah mengadakan Bengkel Pentaksiran Soalan Penilaian Berterusan WE023 English 2 Sesi 2022/2023. Selama dua hari ini, semua pensyarah Bahasa Inggeris mentaksir soalan penilaian berterusan bersama-sama pentaksir soalan masing-masing secara berkumpulan. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti penghasilan soalan penilaian berterusan sekaligus membantu maningkatkan tahap kompetensi pensyarah dan pelajar.

eng aktiviti2

 
 

BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN WE023 ENGLISH 2 SESI 2022/2023

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Unit Bahasa Inggeris Kolej Matrikulasi Perlis telah mengadakan Bengkel Penggubalan Soalan Penilaian Berterusan WE023 English 2 Sesi 2022/2023 pada 10 hingga 12 Januari 2023 bertempat di Unit Bahasa Inggeris, KolejMatrikulasi Perlis. Bengkel selama tiga hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti penghasilan soalan penilaian berterusan. Kesemua 12 orang pensyarah Bahasa Inggeris telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang bengkel ini berlangsung.

eng aktiviti1

 
 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today822
Yesterday754
This week3928
This month17977
Total887272

Scroll to top