• PSPM2023

Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) kali ke -12

Ditulis oleh COE

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Generasi 23 & Barisan Exco serta Biro Sukan dan Kebudayaan berjaya menganjurkan Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) kali ke -12 dengan penuh kemeriahan.

Inisiatif JK penganjur untuk memberi peluang kepada seluruh pelajar memperolehi markah 10% Kokurikulum dan mencipta memori indah sepanjang pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis.

Mengembangkan bakat & potensi pelajar ke arah pembinaan insan MADANI untuk keperluan negara pada masa akan datang.

#kmpmyhome

#matrikulasidihatiku

kagem

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PROGRAM JALINAN KE MARKAS BRIDGED KE 30 INFANTRI, KEM BUKIT COWDER, PERLIS

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Pada tanggal 18 Januari 2023, Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Dan Program Jalinan Ke Markas Bridged Ke 30 Infantri, Kem Bukit Cowder, Perlis. Lawatan ini disertai oleh En. Shahidi bin Mashri sebagai wakil Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perlis dan 12 orang pensyarah unit Bahasa Inggeris. Program ini adalah satu usaha untuk mewujudkan jalinan diantara Kolej Matrikulasi Perlis dengan kementerian lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga perlaksanaan program ini dapat membina jaringan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara dua kementerian ini.

eng aktiviti4

TAKLIMAT PENGISIAN PORTAL SPLKPM BAGI TAHUN 2023 PERINGKAT UNIT BAHASA INGGERIS, KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Unit Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Taklimat Pengisian Portal SPLKPM Bagi Tahun 2023 Peringkat Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Perlis. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah Bahasa Inggeris tentang tatacara mengisi Portal SPLKPM yang terkini. Taklimat yang telah diadakan di Makmal Komputer 6, Kolej Matrikulasi Perlis pada 14 Januari 2023 ini telah disampaikan oleh Puan Adrilayanti binti Alauddin, pensyarah Unit Bahasa Inggeris. Semoga taklimat ini dapat memanfaatkan semua pensyarah Bahasa Inggeris.

eng aktiviti3

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today848
Yesterday1026
This week3565
This month22006
Total891301

Scroll to top