• PSPM2023

PENGLIBATAN PELAJAR BERSAMA MASYARAKAT DAN AGENSI NEGERI PERLIS.

Ditulis oleh COE

Penglibatan pertama pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2023/2024 (Generasi ke 24) bersama masyarakat dan agensi Negeri Perlis.

29.7.2023

Hari ini KMP uruskan dua pasukan ke dua program

1. Jelajah Genta Belia - Dataran Maips

2. Ceramah Karier Kerjaya - Perpustakaan Awam

Melibatkan 30 orang pelajar bagi setiap program.

Pelajar diberi peluang untuk ceritakan Program Matrikulasi  kepada masyarakat.

#kmpmyhone

#matrikulasidihatiku

prgm bersama perlis

AMBILAN KETIGA ~ MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2023/2024

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

TAHNIAH !


KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2023/2024

(AMBILAN 3)

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian 
Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS), Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.  Tarikh Lapor Diri pelajar KMP (Ambilan 3)  pada 31 Julai 2023 jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Pusat Informasi Pelajar.

 


PENTING :  Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut.


Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2023/2024 ke Program Matrikulasi, KPM di Kolej Matrikulasi Perlis. Sila ikuti langkah ini :

👉 TINDAKAN 1: SALURAN KOMUNIKASI

Pelajar dan ibubapa/penjaga boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2023/2024 (Group Sementara) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.


Klik & join link Telegram: https://t.me/+6H-jOk_d_k8xNTZl

👉 TINDAKAN 2:  LENGKAPKAN SEMUA DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR

Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.

*Klik - Senarai Semak Dokumen Pendaftaran

 

👉 TINDAKAN 3:  MENYEDIAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ONLINE


*Klik -
Panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar. Baca dengan teliti dan sediakan maklumat :

  1. No. Slip Bayaran Yuran Pendaftaran (BSN) atau Reference Number (Online Banking)
  2. No. Akaun Bank Rakyat (persendirian)
  3. Softcopy gambar berukuran passport (format * jpg)
  4. No telefon bimbit pelajar (terkini)
  5. Email DeLIMA pelajar (contoh: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Nota  : Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk dapatkan No akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis.

👉TINDAKAN 4:  PENDAFTARAN ONLINE (e-PENDAFTARAN)

*Klik  e-Pendaftaran Pelajar untuk mendaftar secara dalam talian (online). Ia akan dibuka bermula 27 Julai hingga 30 Julai 2023 (tertakluk kepada perubahan). Pelajar dinasihatkan membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan talian internet dan sebagainya.

👉
TINDAKAN 5: MAKLUMAT TAMBAHAN

(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 31 Julai 2023)

  1. Pelekat Kenderaan - *Cetak
  2. Pelan Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis – *Cetak
  3. Takwim Akademik Sesi 2023/2024 – *Cetak

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Tel : 04-9868613/14/15/16
Faks : 04-9868542
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Maklumbalas akan diberi pada hari bekerja & waktu pejabat sahaja)

Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui
Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis Sesi 2023/2024)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MAJLIS SAMBUTAN TIMBALAN PENGARAH KMP

Ditulis oleh COE

Isnin, 24 Julai 2023.

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG ...

 

TUAN SAIFUZZAMAN BIN ABDUL RAZAK

TIMBALAN PENGARAH 

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

photo 2023-07-24 09-39-53

Ketibaan Tn. Saifuzzaman Bin Abdul Razak yang melaporkan diri untuk bertugas sebagai Timbalan Pengarah KMP menggantikan Pn. Zuriah Binti Sulaiman yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, bermula Isnin, 24 Julai 2023, telah disambut oleh Tuan Pengarah KMP, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif Kanan, Ketua Kerani, Ketua-ketua Unit Akademik dan Bukan Akademik, Penolong-penolong Pengarah, dan Alumni KMP di hadapan bangunan Pentadbiran KMP.
Semoga KMP terus kekal cemerlang...

KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN 

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today196
Yesterday745
This week2548
This month16597
Total885892

Scroll to top