• PSPM2023

AMBILAN KEDUA ~ MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2023/2024

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

TAHNIAH !


KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2023/2024

(AMBILAN 2)

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian 
Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS), Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.  Tarikh Lapor Diri pelajar KMP (Ambilan 2)  pada 20 Julai 2023 jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Pusat Informasi Pelajar.

 


PENTING :  Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut.


Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2023/2024 ke Program Matrikulasi, KPM di Kolej Matrikulasi Perlis. Sila ikuti langkah ini :

👉 TINDAKAN 1: SALURAN KOMUNIKASI

Pelajar dan ibubapa/penjaga boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2023/2024 (Group Sementara) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.


Klik & join link Telegram: https://t.me/+6H-jOk_d_k8xNTZl

👉 TINDAKAN 2:  LENGKAPKAN SEMUA DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR

Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.

*Klik - Senarai Semak Dokumen Pendaftaran

 

👉 TINDAKAN 3:  MENYEDIAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ONLINE


*Klik -
Panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar. Baca dengan teliti dan sediakan maklumat :

  1. No. Slip Bayaran Yuran Pendaftaran (BSN) atau Reference Number (Online Banking)
  2. No. Akaun Bank Rakyat (persendirian)
  3. Softcopy gambar berukuran passport (format * jpg)
  4. No telefon bimbit pelajar (terkini)
  5. Email DeLIMA pelajar (contoh: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Nota  : Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk dapatkan No akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis.

👉TINDAKAN 4:  PENDAFTARAN ONLINE (e-PENDAFTARAN)

*Klik  e-Pendaftaran Pelajar untuk mendaftar secara dalam talian (online). Ia akan dibuka bermula 14 Julai hingga 19 Julai 2023 (tertakluk kepada perubahan). Pelajar dinasihatkan membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan talian internet dan sebagainya.

👉
TINDAKAN 5: MAKLUMAT TAMBAHAN

(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 20 Julai 2023)

  1. Pelekat Kenderaan - *Cetak
  2. Pelan Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis – *Cetak
  3. Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2023/2024 (Ambilan Kedua) – *Cetak
  4. Takwim Akademik Sesi 2023/2024 – *Cetak

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Tel : 04-9868613/14/15/16
Faks : 04-9868542
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Maklumbalas akan diberi pada hari bekerja & waktu pejabat sahaja)

Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui
Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis Sesi 2023/2024)

 
 
 
 
 
 
 
 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today532
Yesterday754
This week3638
This month17687
Total886982

Scroll to top