• Banner Tahniah

Program Menyantuni Petugas Barisan Hadapan

Ditulis oleh COE

Jumaat, 23 April 2021.

Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis bersama Kelab Kebajikan KMP mengadakan program menyantuni petugas barisan hadapan di SJR Pauh, Jelempok dan Kodiang.

frontliner

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (TKPPM)

Ditulis oleh COE

LAWATAN KERJA TKPPM SPPK KE KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

TKPPM SPPK, YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim mengadakan lawatan kerja ke Kolej Matrikulasi Perlis pada 10 April 2021.

Lawatan ini merupakan usaha berterusan TKPPM SPPK dalam melaksanakan pemantauan pematuhan SOP pengoperasian Kolej Matrikulasi.

Turut serta dalam sesi lawatan ini adalah Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis , Tuan Mohd Fuad bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah , Ketua-ketua Jabatan, serta pengurusan kolej.

TKPPM SPPK melawat pusat pentadbiran, perpustakaan, blok kediaman pelajar, dan kafeteria kolej.

Seramai 1117 pelajar berada di kolej dalam keadaan selamat dan terkawal serta dapat menjalani pembelajaran secara bersemuka mahupun secara dalam talian.

Para pelajar didapati sedang tekun belajar di perpustakaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

TKPPM SPPK turut sempat beramah mesra bersama para pelajar yang rata-ratanya gembira dan seronok mengikuti pengajian program matrikulasi.

photo 2021-04-10 10-39-16 2

TKKPM1

TKKPM2

TKKPM3

TKKPM4

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) berbesar hati menerima kunjung bantu YBrs Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Terima kasih atas kesudian YBrs Dr. untuk hadir memberi bimbingan dan panduan bagi meningkatkan kualiti pengurusan kolej.

#matrikulasidihatiku

#matrik1stchoice

 

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today20
Yesterday497
This week1634
This month10327
Total298558

Scroll to top