• PSPM2023

ENGLISH VAGANZA 2024

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Unit Bahasa Inggeris akan mengadakan program English Vaganza 2024 pada 17 Februari 2024, Sabtu, bertempat di Dewan Seri Kayangan.

Semua warga KMP dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan pada masa yang sama boleh menyertai permainan-permainan menarik yang disediakan. Jumpa di sana 🥰

eng vaganza4 eng vaganza3

eng vaganza2 eng vaganza1

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Ditulis oleh COE
Alhamdulillah Tahniah kepada Semua pelajar yang terpilih.
2 orang pelajar ini dari Kolej Matrikulasi Perlis.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada 35 orang pelajar yang telah berjaya mendapat tajaan Biasiswa Perguruan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pengajian di Australia dan New Zealand. Mereka akan mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Perakaunan.

Sejak tahun 2006, seramai 489 orang pelajar telah mengikuti program ini dan berkhidmat di Kolej Matrikulasi KPM setelah tamat pengajian.

YBrs Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) telah hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan pelajar sebelum berangkat pergi.

Semoga pelajar-pelajar ini akan beroleh kejayaan dan menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan negara setelah tamat pengajian.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Lawatan Penanda Aras KMKK ke KMP

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Lawatan Penanda Aras Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ke Kolej Matrikulasi Perlis.

17 Januari 2024.

Pihak pengurusan KMP berbesar hati meraikan seramai 11 orang pensyarah & wakil pengurusan KMKK untuk sesi perkongsian ilmu melibatkan lawatan ke Bilik Aktiviti Kesarjanaan dan Perpustakaan Najjatul Ilham Semoga lawatan ini dapat mengeratkan ukhuwwah yang sedia terjalin.

#kmpmyhome
#matrikulasidihatiku

lawatan kmkk1lawatan kmkk2

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today849
Yesterday754
This week3955
This month18004
Total887299

Scroll to top