TAHNIAH !
KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2020/2021
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2020/2021 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.
TARIKH DAN MASA LAPOR DIRI ADALAH
SEPERTI YANG TERTERA PADA SLIP PENDAFTARAN ONLINE ANDA
PATUHI TARIKH, MASA DAN LOKASI YANG TELAH DITETAPKAN .
PENTING: Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut;
TINDAKAN 1
Lengkapkan semua dokumen pendaftaran Pelajar Baharu (Rujuk Senarai Semak Dokumen Pendaftaran)
TINDAKAN 2 : e-PENDAFTARAN
Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dikehendaki mendaftar secara atas talian e-Pendaftaran Pelajar. Pendaftaran Pelajar Secara Atas Talian (online) akan dibuka bermula 29 Jun 2020 jam 12.01 tengahari Sehingga 31 Julai 2020 jam 11.59 malam sahaja (tertakluk kepada perubahan). Sila baca dengan teliti, cetak dan WAJIB patuhi tatacara tindakan pada panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar.
TINDAKAN 3: MAKLUMAT TAMBAHAN
(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran)
- Pelekat Kenderaan(CETAK dan PAPARKAN) pada cermin hadapan kenderaan pembawa pelajar.
- Pelan Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis – Cetak
- Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2020/2021– Cetak
- Takwim Akademik sesi 2020/2021 – Cetak
- Borang Isytihar Bebas Covid 19 yang perlu diisi oleh Waris dan pelajar akan mula diedarkan secara atas talian mulai 29 Julai 2020. (Edaran akan dibuat melalui laman sesawang dan Group Telegram Pelajar KMP Sesi 2020/2021). Harap Maklum - Cetak & Scan QR CODE
TINDAKAN 4: RUJUKAN PELAJAR & IBUBAPA
Cetak jika perlu:
- Garis Panduan Etika Pakaian Semasa Pendaftaran, urusan rasmi & menghadiri kelas [Muat Turun]
- Tak Kenal Maka Tak Cinta, KMP DiHatiku [Muat Turun]
Pertanyaan Sila Hubungi
Tel: 04-9868613/14/15/16
Faks: 04-9868542
Hotline Pendaftaran : 017-5430122 (Urus Setia)
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.