• MPPB2020

TAHNIAH !

KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2020/2021

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2020/2021 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.

TARIKH DAN MASA LAPOR DIRI ADALAH

SEPERTI YANG TERTERA PADA SLIP PENDAFTARAN ONLINE ANDA

PATUHI TARIKH, MASA DAN LOKASI YANG TELAH DITETAPKAN .

PENTING: Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut;

 

Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2020/2021 ke Program Matrikulasi, KPM pada 3 Jun 2020 termasuk pelajar yang telah diluluskan permohonan pertukaran Program/Jurusan/Kolej di Kolej Matrikulasi Perlis. Bagi calon rayuan, tarikh pendaftaran online anda akan dimaklumkan kemudian melalui laman web kolej.

 

TINDAKAN 1

Lengkapkan semua dokumen pendaftaran Pelajar Baharu (Rujuk Senarai Semak Dokumen Pendaftaran)


TINDAKAN 2 : e-PENDAFTARAN


Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dikehendaki mendaftar secara atas talian e-Pendaftaran Pelajar. Pendaftaran Pelajar Secara Atas Talian (online) akan dibuka bermula 29 Jun 2020 jam 12.01 tengahari Sehingga 10 Julai 2020 jam 11.59 malam sahaja (tertakluk kepada perubahan). Sila baca dengan teliti, cetak dan WAJIB patuhi tatacara tindakan pada panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar.

 

TINDAKAN 3: MAKLUMAT TAMBAHAN

(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran)

  1. Pelekat Kenderaan(CETAK dan PAPARKAN) pada cermin hadapan kenderaan pembawa pelajar.
  2. Pelan Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis – Cetak
  3. Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2020/2021– Cetak
  4. Takwim Akademik sesi 2020/2021 – Cetak

TINDAKAN 4: RUJUKAN PELAJAR & IBUBAPA

Cetak jika perlu:

  1. Garis Panduan Etika Pakaian Semasa Pendaftaran, urusan rasmi & menghadiri kelas [Muat Turun]
  2. Tak Kenal Maka Tak Cinta, KMP DiHatiku [Muat Turun]

Pertanyaan Sila Hubungi

Tel: 04-9868613/14/15/16

Faks: 04-9868542

Hotline Pendaftaran : 017-5430122 (Urus Setia)

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengarah KMP

 DSC6624

Mohd Fuad Bin Mohd Noor

Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today341
Yesterday364
This week341
This month4736
Total8853

Scroll to top