• Banner Tahniah
  • SOP

webinar temuduga
Program kecemerlangan Pelajar “ Tips Lulus Temuduga Online” ini bertujuan untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi memenuhi keperluan kerjaya pada masa akan datang. Persediaan sebegini sangat penting untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian di menara gading dan seterusnya menggunakan potensi diri dalam membina kerjaya. Program ini telah dijalankan pada 21 dan 22 Oktober 2021. Penceramah bagi program ini adalah En Muhammad Farid Bin Ab Ghani, Manager, Engagement & Enrollment Department, Management & Science University. 
Bilangan pelajar yang terlibat adalah sebanyak 190 orang yang terdiri daripada 95 orang pelajar jurusan perakaunan dan 95 pelajar jurusan Sains.

 

Objektif program adalah seperti berikut :

  1. Pelajar dapat mengenal pasti gaya dan penampilan serta tatacara menghadapi temuduga secara dalam talian
  2. Pelajar mengenal pasti tips terkini calon untuk mendapat perhatian penemuduga
  3. Mengenal pasti teknik dan kualiti penyediaan video resume sebagai saringan pertama sebelum menghadapi temuduga secara dalam talian

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today237
Yesterday743
This week2353
This month11313
Total344379

Scroll to top