The Final Dash
Ditulis oleh Unit Bahasa InggerisUnit Bahasa Inggeris telah mengadakan program The Final Dash pada 14 Februari yang lalu. Program yang berfokuskan kepada kemahiran ‘Speaking’ ini disertai oleh semua pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan 251 pelajar yang bakal menduduki ujian MUET bagi sesi Mac 2018.
Program ini bertujuan memberi tip-tip dan membantu pelajar membuat persiapan akhir menjelang ujian ‘Speaking’ yang bakal berlangsung sebaik sahaja tamat cuti pertengahan semester. Kehadiran dan penyertaan pelajar adalah amat menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah unit Bahasa Inggeris, pelajar dan jawatankuasa yang terlibat.