• PSPM2023

Program Pra Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

4 2

Program Pra Seminar  Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis, anjuran Jawatankuasa Penyelidikan & Pembangunan, Kolej Matrikulasi Perlis ini adalah salah satu program untuk mempersembahkan hasil penyelidikan pendidikan di Kolej Matrikulasi Perlis. Program ini telah dilaksanakan pada 13 April 2017 bertempat di Biik Serbaguna 1&2 Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP yang menampilkan 22 buah hasil penyelidikan bagi tahun 2017 kendalian warga akademik KMP. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah KMP dan melibatkan 55 orang penyelidik, 22 orang pembentang dan 20 orang ahli jawatankuasa. 2 orang pakar dalam bidang penyelidikan pendidikan telah dijemput untuk membuat penilaian kertas penyelidikan ini iaitu Dr Hjh Nor Asikin bt Salleh dan Dr Nor Azzam Syah b. Mohamed dari Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara. 2 anugerah telah disampaikan kepada penyelidik yang terlibat di dalam program ini. Kertas kajian bertajuk “ Keberkesanan Peta Minda I- Think Bagi Penyelesaian Masalah Sub Topik Compaund Interest & Annuity” yang dibentangkan oleh Pn. Shakirah bt Md. Sanusi, dari Unit Matematik telah muncul sebagai Kertas Penyelidikan Paling Berkualiti manakala Unit Pengurusan Perniagaan telah tampil sebagai Unit Akademik Yang Menyumbang Kertas Terbanyak bagi tahun 2017. 

Baca selanjutnya: Program Pra Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis

Cabaran MyInovasi KMP 2.0

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

idica-hla

Jawatankuasa Kumpulan Inovatif Kreatif, Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Cabaran MyInovasi KMP 2.0 pada 24 Mac 2017 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Pertandingan inovasi pada kali ini bertemakan 3R ‘Reduce, Reused and Recycle’bagi menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar dan Pensyarah. Program pada kali ini menyaksikan kombinasi tiga acara utama iaitu pertandingan inovasi untuk Anugerah iDICA 2017 (Idea, Innovation and Creativity Award), Sadaqa Theme Park dan Kids Create Workshop.

Baca selanjutnya: Cabaran MyInovasi KMP 2.0

PROGRAM EDU WALK- ROAD TO HARI GURU 2017 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

HIGHLIGHT PICTURE

Program EDUWALK- ROAD TO HARI GURU 2017 telah diadakan pada 30 Mac 2017 bersempena dengan Pelancaran Sambutan Hari Guru dengan tema ‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’, bertempat di SMK Arau, Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis yang telah menjadi pengelola bersama Jabatan Pendidikan Perlis, disertai oleh 33 orang pelajar yang membuat persembahan dan 22 orang pensyarah. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, En Azman bin Ghazali dan turut dihadiri oleh ADUN Guar Sanji, Y.B. En. Jafperi bin Othman. Majlis turut dihadiri oleh pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di Negeri Perlis dan wakil pelajar dari sekolah menengah di negeri Perlis. Program Eduwalk tersebut telah berjaya menyampaikan maklumat-maklumat penting berkaitan Program Matrikulasi  kepada semua pengetua dan guru besar,  serta pelajar-pelajar sekolah terpilih seluruh negeri Perlis.

Baca selanjutnya: PROGRAM EDU WALK- ROAD TO HARI GURU 2017 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today816
Yesterday764
This week1580
This month7570
Total901755

Scroll to top