• Tahniah 1
  • Tahniah 2
  • Tahniah 3
  • Tahniah 4
  • Tahniah 5
  • Tahniah 6

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2017/2018

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

TAHNIAH !

  KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2017/2018

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2017/2018 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.

TARIKH LAPOR DIRI ADALAH

PADA 5 JUN 2017 (ISNIN) MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI.

Baca selanjutnya: Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2017/2018

Program Pra Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

4 2

Program Pra Seminar  Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis, anjuran Jawatankuasa Penyelidikan & Pembangunan, Kolej Matrikulasi Perlis ini adalah salah satu program untuk mempersembahkan hasil penyelidikan pendidikan di Kolej Matrikulasi Perlis. Program ini telah dilaksanakan pada 13 April 2017 bertempat di Biik Serbaguna 1&2 Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP yang menampilkan 22 buah hasil penyelidikan bagi tahun 2017 kendalian warga akademik KMP. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah KMP dan melibatkan 55 orang penyelidik, 22 orang pembentang dan 20 orang ahli jawatankuasa. 2 orang pakar dalam bidang penyelidikan pendidikan telah dijemput untuk membuat penilaian kertas penyelidikan ini iaitu Dr Hjh Nor Asikin bt Salleh dan Dr Nor Azzam Syah b. Mohamed dari Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara. 2 anugerah telah disampaikan kepada penyelidik yang terlibat di dalam program ini. Kertas kajian bertajuk “ Keberkesanan Peta Minda I- Think Bagi Penyelesaian Masalah Sub Topik Compaund Interest & Annuity” yang dibentangkan oleh Pn. Shakirah bt Md. Sanusi, dari Unit Matematik telah muncul sebagai Kertas Penyelidikan Paling Berkualiti manakala Unit Pengurusan Perniagaan telah tampil sebagai Unit Akademik Yang Menyumbang Kertas Terbanyak bagi tahun 2017. 

Baca selanjutnya: Program Pra Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kolej Matrikulasi Perlis

Cabaran MyInovasi KMP 2.0

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

idica-hla

Jawatankuasa Kumpulan Inovatif Kreatif, Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Cabaran MyInovasi KMP 2.0 pada 24 Mac 2017 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Pertandingan inovasi pada kali ini bertemakan 3R ‘Reduce, Reused and Recycle’bagi menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar dan Pensyarah. Program pada kali ini menyaksikan kombinasi tiga acara utama iaitu pertandingan inovasi untuk Anugerah iDICA 2017 (Idea, Innovation and Creativity Award), Sadaqa Theme Park dan Kids Create Workshop.

Baca selanjutnya: Cabaran MyInovasi KMP 2.0

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2023 KMP

 
 
 
 
 

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today211
Yesterday608
This week1806
This month12425
Total638244

Scroll to top