• SOP

Audit Dalaman KMP

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

 

WhatsApp Image 2017-08-18 at 4.06.32 PM 1

Audit Dalaman Kolej Matrikulasi Perlis akan berlangsung pada minggu ini bermula dari 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017. Seramai 26 orang juruaudit ditugaskan sepanjang proses audit dalaman ini berlangsung. Mesyuarat pembukaan telah disempurnakan oleh Puan Mardiana binti Abd Rahim selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Kuliah 2 manakala mesyuarat penutup akan dilaksana pada 6 September 2017. Diharap warga Kolej Matrikulasi Perlis dapat bersedia dan memberi kerjasama sepanjang proses audit ini berlangsung. 

Minggu Sains KMP 2017

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

depan

Minggu Sains 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) , telah berlangsung dari 2 Ogos hingga 4 Ogos 2017 dengan tema “Ignition Imagination”. Tema ini dipilih selaras dengan objektif program bagi mewujudkan minat terhadap subjek sains dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Perasmian Minggu Sains disempurnakan oleh Puan Hajjah Mardiana Binti Abd Rahim, Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis pada 2 Ogos 2017 dengan gimik perasmian ‘Water Rocket’ yang disediakan oleh Unit Fizik, KMP.

Baca selanjutnya: Minggu Sains KMP 2017

Fun With English

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Semua warga KMP dijemput hadir ke program Fun With English pada 19 Ogos 2017 di Dewan Sri Kayangan. 

postergames k

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today478
Yesterday701
This week3374
This month7017
Total551355

Scroll to top