• MPPB2020

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat KMP 1437H

Ditulis oleh JK Laman Web KMP
IMG 5436-webMajlis Sambutan Aidil Fitri 1437H telah dianjurkan pada 15 Julai 2016 bertempat di dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis. Ia merupakan salah satu program kolej yang diadakan setiap tahun di peringkat KMP.  Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga KMP yang berbilang bangsa dan agama. Terdapat juga pertandingan hiasan meja mengikut kumpulan praktikum. Pelbagai juadah disediakan oleh kumpulan pensyarah, staf dan juga pelajar.
Baca selanjutnya: Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat KMP 1437H

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2016/2017

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Image00007-webMajlis Penyerahan Watikah JPP Sesi 2016/2017 Kolej Matrikulasi Perlis telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah KMP, Encik Mohd Idris Bin Omar. Majlis tersebut telah diadakan pada 3 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Sri Kayangan, KMP. Seramai 20 orang exco JPP telah terpilih melalui Pilihanraya Kolej yang telah diadakan pada 22 Julai 2016 yang lalu. Dalam majlis itu juga telah diserahkan surat pelantikan jawatankuasa pelajar yang telah dipilih oleh pihak pengurusan kolej seperti Jawatankuasa Kolej Kediaman, JAKTI, PRD, SRN, Sekretariat Kokurikulum, Ketua-ketua Tutoran dan Kelab Kebudayaan dan Kesenian KMP. Kemuncak majlis memperlihatkan barisan exco JPP KMP 2016/2017 melafazkan ikrar menerima tugas yang diketuai oleh Saudara Muhammad Isma Nazhan Bin Nadzeri sebagai Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis bagi sesi 2016/2017.

Baca selanjutnya: Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2016/2017

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Image00014

Majlis sekalung Budi Sejambak Kasih merupakan majlis istimewa khas buat Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh, Pengarah KMP yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pensyarah Staf KMP. Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar Perlis pada 21 September 2016. Dalam majlis ini, Pengarah telah menyampaikan ucapan  dan amanat khas buat warga pendidik di KMP. Majlis ini juga turut menampilkan persembahan istemewa bakat warga KMP yang mendendangkan lagu khas buat Pengarah. Penyampaian cenderahati kenangan unit-unit akademik dan bukan akademik untuk Pengarah telah disampaikan oleh Ketua-ketua unit masing-masing.

Baca selanjutnya: Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih

Pengarah KMP

 DSC6624

Mohd Fuad Bin Mohd Noor

Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today158
Yesterday848
This week1006
This month2421
Total23442

Scroll to top