Pada 3 hingga 4 March 2018,Kolej Matrikulasi Perlis telah mengadakan Kejohanan Gemilang (KAGEM) peringkat matrikulasi bertempat di padang Kolej Matrikulasi Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Huzairi B. Hasan selaku ketua jabatan unit ko-kurikulum. Program ini telah disertai seramai 1000 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan beberapa guru jemputan. Program KAGEM telah dicetuskan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) daripada sesi yang lepas dan dilaksanakan sebagai program tahunan kolej.
KEJOHANAN GEMILANG (KAGEM) 2018
Ditulis oleh JK Laman Web KMPThe Final Dash
Ditulis oleh Unit Bahasa InggerisUnit Bahasa Inggeris telah mengadakan program The Final Dash pada 14 Februari yang lalu. Program yang berfokuskan kepada kemahiran ‘Speaking’ ini disertai oleh semua pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan 251 pelajar yang bakal menduduki ujian MUET bagi sesi Mac 2018.
Program ini bertujuan memberi tip-tip dan membantu pelajar membuat persiapan akhir menjelang ujian ‘Speaking’ yang bakal berlangsung sebaik sahaja tamat cuti pertengahan semester. Kehadiran dan penyertaan pelajar adalah amat menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah unit Bahasa Inggeris, pelajar dan jawatankuasa yang terlibat.
Tedx Talk: Etiquette During an Interview
Ditulis oleh Unit Bahasa InggerisProgram Tedx Talk anjuran Unit Bahasa Inggeris telah diadakan pada 27 Januari 2018. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 2 ini telah dihadiri oleh seramai 257 pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan semua pensyarah Bahasa Inggeris. Program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini menampilkan Dr. Faizahani binti Ab. Rahman, seorang pensyarah kanan dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sebagai penceramah khas.
Intipati pengisian program ini merangkumi persediaan sebelum, semasa dan selepas dalam menghadapi sesi temuduga untuk penempatan universiti dan juga temuduga mendapatkan pekerjaan, serta pendedahan tentang etika yang perlu dipatuhi semasa sesi temuduga.
Pelajar-pelajar yang hadir menunjukkan sikap yang membanggakan dengan melibatkan diri secara aktif sepanjang program berlangsung. Sekalung budi dan tahniah buat semua ahli Unit Bahasa Inggeris serta semua pelajar di atas komitmen yang diberikan.
Program Marathon Reset, Go, Excel
Ditulis oleh Unit Perakaunan
Program Marathon dan Reset Go Excel ini adalah salah satu inisiatif di peringkat Jabatan untuk meningkatkan prestasi pelajar Perakaunan dan Sains di dalam PSPM. Program ini dilaksanakan dalam dua siri iaitu pada 8 Oktober 2017 (Siri 1) dan 29 Oktober 2017 (Siri 2). Program ini adalah untuk pelajar yang terpilih berdasarkan sasaran yang dibuat di peringkat kolej.
Pengarah KMP
Mohd Fuad Bin Mohd Noor
Pengarah
Kolej Matrikulasi Perlis