JASAMU DIKENANG
Selamat bersara En. Rosli Bin Abu Sarim
Semoga segala jasa bakti yang telah dicurahkan akan dikenang dan mendapat rahmat.
JASAMU DIKENANG
Selamat bersara En. Rosli Bin Abu Sarim
Semoga segala jasa bakti yang telah dicurahkan akan dikenang dan mendapat rahmat.
Penglibatan pertama pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2023/2024 (Generasi ke 24) bersama masyarakat dan agensi Negeri Perlis.
29.7.2023
Hari ini KMP uruskan dua pasukan ke dua program
1. Jelajah Genta Belia - Dataran Maips
2. Ceramah Karier Kerjaya - Perpustakaan Awam
Melibatkan 30 orang pelajar bagi setiap program.
Pelajar diberi peluang untuk ceritakan Program Matrikulasi kepada masyarakat.
TAHNIAH !
KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2023/2024
(AMBILAN 3)
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS), Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis. Tarikh Lapor Diri pelajar KMP (Ambilan 3) pada 31 Julai 2023 jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Pusat Informasi Pelajar.
PENTING : Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut.
Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2023/2024 ke Program Matrikulasi, KPM di Kolej Matrikulasi Perlis. Sila ikuti langkah ini :
👉 TINDAKAN 1: SALURAN KOMUNIKASI
Pelajar dan ibubapa/penjaga boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2023/2024 (Group Sementara) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.
Klik & join link Telegram: https://t.me/+6H-jOk_d_k8xNTZl
👉 TINDAKAN 2: LENGKAPKAN SEMUA DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR
Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.
*Klik - Senarai Semak Dokumen Pendaftaran
👉 TINDAKAN 3: MENYEDIAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ONLINE
*Klik - Panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar. Baca dengan teliti dan sediakan maklumat :
Nota : Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk dapatkan No akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis.
👉TINDAKAN 4: PENDAFTARAN ONLINE (e-PENDAFTARAN)
*Klik e-Pendaftaran Pelajar untuk mendaftar secara dalam talian (online). Ia akan dibuka bermula 27 Julai hingga 30 Julai 2023 (tertakluk kepada perubahan). Pelajar dinasihatkan membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan talian internet dan sebagainya.
👉 TINDAKAN 5: MAKLUMAT TAMBAHAN
(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 31 Julai 2023)
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Tel : 04-9868613/14/15/16
Faks : 04-9868542
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Maklumbalas akan diberi pada hari bekerja & waktu pejabat sahaja)
Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui
Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis Sesi 2023/2024)