• PSPM2023

Perhimpunan Staf dan Pelajar Februari 2023

Ditulis oleh COE

Perhimpunan Staf dan Pelajar Februari 2023 telah dianjurkan oleh JPP yang memperlihatkan kematangan dalam mengolah idea agar majlis berlangsung dengan gemilang.

Turut diselitkan ialah penyampaian hadiah dan penghargaan atas kejayaan pelajar dalam program peringkat kolej KAGEM sehingga ke kebangsaan

Perhimpunan ini juga menampilkan bakat pelajar yang telah menjayakan gimik pertarungan dalam slot penyampaian hadiah utama.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah dan barisan pengurusan kolej yang sentiasa memberikan galakan kearah kejayaan dan kecemerlangan pelajar.

Barisan pengacaraan juga tidak kurang hebatnya, mereka dipilih menerusi ujibakat dan salah seorang dari mereka pernah menjadi DJ CILIK Radio Ikim.fm.

TAHNIAH JPP, TAHNIAH KMP....

#kmpmyhome #MatrikulasiDihatiku #matrikulasipilihanutama

perhimpunan pljr

Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) kali ke -12

Ditulis oleh COE

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Generasi 23 & Barisan Exco serta Biro Sukan dan Kebudayaan berjaya menganjurkan Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) kali ke -12 dengan penuh kemeriahan.

Inisiatif JK penganjur untuk memberi peluang kepada seluruh pelajar memperolehi markah 10% Kokurikulum dan mencipta memori indah sepanjang pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis.

Mengembangkan bakat & potensi pelajar ke arah pembinaan insan MADANI untuk keperluan negara pada masa akan datang.

#kmpmyhome

#matrikulasidihatiku

kagem

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PROGRAM JALINAN KE MARKAS BRIDGED KE 30 INFANTRI, KEM BUKIT COWDER, PERLIS

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Pada tanggal 18 Januari 2023, Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Dan Program Jalinan Ke Markas Bridged Ke 30 Infantri, Kem Bukit Cowder, Perlis. Lawatan ini disertai oleh En. Shahidi bin Mashri sebagai wakil Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perlis dan 12 orang pensyarah unit Bahasa Inggeris. Program ini adalah satu usaha untuk mewujudkan jalinan diantara Kolej Matrikulasi Perlis dengan kementerian lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga perlaksanaan program ini dapat membina jaringan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara dua kementerian ini.

eng aktiviti4

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today726
Yesterday477
This week2333
This month16382
Total885677

Scroll to top