Cetak

banner unit

KATA ALUAN ORGANISASI PENSYARAH SILIBUS AKTIVITI GALERI

 

SEKAPUR SIRIH

 

 zbiodata

 animated bismillah

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , kerana dengan nikmat kurniaNya yang tidak terhingga kita diberi kesempatan untuk melayari Laman Web ini. Terlebih dahulu Ahlan wa Sahlan kepada semua pelayar yang melayari laman  web kami, semoga dengan kehadiran anda akan menjadi sumber inspirasi kepada kami untuk meningkatkan lagi kualiti laman web ini. Ianya akan memainkan peranan sebagai wadah bagi menyalurkan maklumat samada yang berkaitan dengan kurikulum Pendidikan Islam / Moral atau  aktiviti-aktiviti Pusat Islam di peringkat Kolej.

  Di samping itu apa yang diharapkan , Laman Web ini juga akan memainkan peranan sebagai salah satu medium dalam kerangka tugas kami sebagai pendidik dan dalam masa yang sama sebagai da'ie dalam usaha merealisasikan Misi dan Visi Unit kami. Untuk memastikan hasrat ini tercapai insyaallah kami akan berusaha meningkatkan kualiti Laman Web ini dari masa ke semasa dengan maklumat-maklumat yang terkini.

Akhir sekali kami mengalu-alukan kedatangan para pengunjung sekelian ke Laman Web Unit Pendidikan Islam / Moral, semoga kehadiran anda disisi kami akan membawa kebahagiaan dan ketenangan yang diimpikan.Selamat melayari Laman Web Unit Pendidikan Islam / Moral.


 

Sekian. Terima Kasih

Zahiroh Binti Hussain

Ketua Unit

Unit Pendidikan Islam Dan Moral