Cetak

 DSC6624

Kata Alu-aluan Pengarah KMP

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah terlebih dahulu saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya saya dilantik sebagai Pengarah KMP.

Sehubungan dengan itu saya memohon kerjasama yang jitu dan padu daripada Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pensyarah dan seluruh staf KMP untuk memastikan visi dan misi KMP mencapai kejayaan yang gemilang.

Jesteru itu saya menyeru para pensyarah yang berpengetahuan, berkemahiran, berpengalaman dan berkualiti tinggi dapat terus memainkan peranan untuk memastikan pelajar berjaya dengan gemilang selaras dengan kehendak KPM. Saya harap para pensyarah dapat mengamalkan ICT dan membina inovasi dan kreativiti dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.

Para pelajar harus berazam dan bertekad untuk berjaya dengan gemilang supaya 100% pelajar KMP dapat melanjutkan pelajaran di IPT dalam negara dan luar negara seterusnya menjadi Kolej Unggul atau “College of Distinction”.

Saya doakan supaya pelajar berjaya menjadi pemimpin negara dan juga dapat berkhidmat dalam bidang professional masing-masing serta dapat menyumbangkan kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Pengarah KMP