Cetak

 

2017

Kata Aluan Kakitangan Bidang Tugas Aktiviti

kata aluan

 Azizah

Selamat datang ke Laman Web Unit ICT.

Unit ICT merupakan satu-satunya unit yang ditugaskan untuk membantu warga kolej khususnya pensyarah dan staf yang mengalami masalah berkaitan ICT. 

Unit ini juga berperanan untuk menjalankan penyelengaraan peralatan ICT secara berkala, memantau prestasi dan keupayaan semua peralatan ICT, bagi memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran tidak terganggu dan dapat berjalan dengan baik.

Unit ICT juga membantu menyediakan khidmat sokongan dalam penggunaan alat bantu mengajar dalam proses PdP di makmal komputer, bilik bahasa dan dewan kuliah.

Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, serta 5 orang juruteknik komputer yang sentiasa komited dan bersedia membantu dan menyelenggara dengan kadar segera.

 

NOR AZIZAH BINTI SHAHADAN

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT