Cetak

banner perakaunan

  Kata Aluan    Organisasi     Pensyarah     Silibus     Aktiviti     Galeri  

 

SEKAPUR SIRIH

Aidasuzana

  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari laman web Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) seterusnya Unit Perakaunan ini.

Unit Perakaunan merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial yang terdiri daripada 18 orang pensyarah yang komited dan berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Perakaunan di peringkat matrikulasi.

Matlamat Unit Perakaunan ialah untuk menyediakan pelajar-pelajar yang berkualiti bagi meneruskan pembelajaran peringkat ijazah di universiti awam dan swasta dalam pelbagai bidang berkaitan. Hasrat murni ini akan direalisasikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek Financial Accounting, AA015 untuk semester 1 dan Managerial Accounting, AA025 di semester 2. Selain itu, pelbagai program pemantapan akademik telah dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai misi dan visi unit untuk muncul sebagai unit terbaik di KMP dengan sasaran min keseluruhan (PNGK) melebihi 3.50. Sasaran ini telah dapat dicapai sejak beberapa tahun lepas dan diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan. Syabas dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pensyarah Perakaunan di atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan selama ini.

Akhir sekali, saya mengharapkan maklumat yang disediakan di laman web ini dapat membantu pelbagai pihak mengenali Unit Perakaunan KMP dengan lebih dekat lagi. Diharapkan juga ia dapat memberi motivasi dan informasi berguna terutama kepada bakal pelajar serta para waris.

 

Sekian, terima kasih.

Aidasuzana binti Md Arshad

Ketua Unit Perakaunan