• PSPM2023

baner4


Sekapur Sireh Pengenalan Organisasi Perkhidmatan Kemudahan Peraturan Aktiviti

 

ruang_bacaan1

study

1. RUANG BACAAN & ULANGKAJI

  • Perpustakaan KMP menyediakan ruang yang luas dan selesa kepada pelajar untuk datang mengulangkaji pelajaran di Perpustakaan.Pelajar boleh memilih untuk mengulangkaji di tingkat atas atau pun bawah mengikut keselesaan masing-masing.
 

opac1

opac2

2. OPAC (Online Public Access Cataloguing)

  • Kemudahan OPAC disediakan untuk pelajar mencari buku atau bahan yang dimiliki oleh Perpustakaan KMP dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh mendapatkan khidmat pegawai bertugas untuk menunjukkan cara-cara penggunaan OPAC.
 

book_drop1

book_drop2

3."BOOK DROP"

  • Selain daripada memulangkan buku melalui kaunter pinjaman, pengguna juga boleh memulangkan buku dengan menggunakan Book Drop yang disediakan dibahagian kiri sebelah luar Perpustakaan pada bila-bila masa sahaja. Kemudahan ini tersedia 24 jam bagi memudahkan pengguna memulangkan buku.
 

buku

buku2

4. KOLEKSI BUKU

  • Perpustakaan sentiasa berusaha menambah koleksi dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan semua golongan pengguna. Sehingga kini, koleksi perpustakaan mencecah 41 ribu naskah.Semua koleksi buku tersusun mengikut bidang perkara di rak-rak yang terdapat di dalam perpustakaan.
 

soalan_periksa

soalan_periksa2

5. KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN

  • Soalan peperiksaan lepas dikumpulkan untuk rujukan pelajar. Semua soalan-soalan peperiksaan boleh diperolehi di tingkat 2. Pelajar dibenarkan untuk fotokopi soalan peperiksaan yang lepas.
 

wifi

wifi2

6. WIFI

  • Sebagai memenuhi permintaan dan keperluan pengguna pada masa kini, Perpustakaan telah dilengkapi dengan kemudahan wireless. Pengguna boleh mengakses internet dengan menggunakan komputer riba sendiri di dalam dan di luar sekitar perpustakaan
 

serbaguna1

serbaguna2

7. BILIK SERBAGUNA

  • Terdapat 3 bilik serbaguna yang boleh ditempah untuk digunakan oleh pensyarah dan pelajar. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan LCD projector. Bilik Serbaguna 1 boleh menempatkan 100 orang pengguna dalam satu masa dan bilik serbaguna 2 & 3 boleh menempatkan 40 pengguna.
 

majalah

majalah2

8. MAJALAH & SURAT KHABAR

  • Terdapat hampir 50 judul majalah yang dilanggan setiap bulan.Pengguna boleh membaca di sudut yang disediakan. Surat khabar dilanggan setiap hari termasuk surat khabar berbahasa cina. Semua majalah dan surat khabar hanya untuk bacaan dalaman sahaja.
 

linguaphone

lingua2

9. LINGUAPHONE

  • Kemudahan ini disediakan bagi membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan ini. Pegawai bertugas akan membantu memberi tunjuk ajar cara penggunaan sekiranya perlu. Pada masa kini Perpustakaan mempunyai 8 set linguaphone yang boleh digunakan oleh pelajar.
 

mylib

mylib2

10. PORTAL MYLIB

  • Perpustakaan KMP merupakan antara perpustakaan yang terpilih dan diberi kebenaran untuk mengakses portal ini secara percuma. Perpustakaan Negara Malaysia membelanjakan melebihi RM200 ribu setahun bagi membiayai kos sewaan pengkalan data yang terdapat di dalam Mylib. Antara pengkalan data yang dilanggan oleh PNM, Ebscohost, Emerald, Blis, Bond, Masticlink, Sirim dan Palmoilis. Pengguna boleh mengunjungi alamat inihttp://mylib.pnm.my untuk mengakses portal Mylib. Bagi membolehkan pengguna mengakses, kata laluan boleh diperolehi daripada pegawai yang bertugas di kaunter.
 
 
Pengenalan Organisasi Perkhidmatan Kemudahan Peraturan Aktiviti  

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today114
Yesterday718
This week1194
This month19635
Total888930

Scroll to top