Cetak

baner3


Sekapur Sireh Pengenalan Organisasi Perkhidmatan Kemudahan Peraturan Aktiviti

visi

PERKHIDMATAN PINJAMAN

Keahlian

Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar kolej sahaja. Tiada yuran pendaftaran dikenakan.

Pendaftaran

Semua kakitangan / pensyarah dan pelajar yang berdaftar sebagai warga KMP, secara automatik layak menjadi pengguna dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

PERATURAN PINJAMAN

  

Buku Rak Terbuka

  • PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
  • PENSYARAH -  Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu
  • KAKITANGAN SOKONGAN - Dibenarkan meminjam 2 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu

Buku Bertanda Merah

  • Sebuah buku dibenarkan dipinjam untuk selama 2 jam
  • pinjaman semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam 9.00 pagi pada keesokkan harinya.

  

Bahan-Bahan Terbitan Bersiri

  • terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan diperpustakaan sahaja
  • Terbitan bersiri yang siap dijilid boleh dipinjam dengan kebenaran pegawai Perpustakaan / Pustakawan
  • Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja

Buku Rujukan

  • bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja
  • Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu selama 1 minggu hanya dengan kebenaran Pegawai Perpustakaan / Pustakawan

Tempahan

  • Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya  bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain (termasuk pegawai, pensyarah & kakitangan sokongan)
  • Buku-buku di Koleksi Am dan Bahan Terbitan Bersiri (berjilid)
  • Tempahan boleh dibuat melalui staf bertugas dikaunter
  • Penempah perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke perpustakaan
  • Bahan-bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 1 minggu dari tarikh bahan dikembalikan ke perpustakaan
  • Bahan-bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 1 minggu bermula dari tarikh bahan dikembalikan
  • selepas tempoh ini bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pengguna lain

duit

DENDA

  • Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
  • Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusanRM10.00 bagi setiap buku yang hilang

  

SUMBER PEROLEHAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Bahan-bahan untuk koleksi Perpustakaan diperolehi secara:

  • Pembelian melalui kontrak pusat (BMKPM)
  • Pembelian sendiri oleh Perpustakaan
  • Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu
 
ddc3 ilmu

Perpustakaan KMP menggunakan sistem ILMU (Integrated Library Management Utility)

Bahan-bahan dikatalog menggunakan AACR 2 (Anglo American Cataloguing Rules 2) dan dikelaskan mengikut DDC(Dewey Decimal Classification) atau sistem Pengkelasan perpuluhan Dewey