PENGENALAN
Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan maklumat kepada semua warga kolej iaitu pelajar, pensyarah dan kakitangan bukan akademik.Perpustakaan ini mula beroperasi pada tahun 2000 dimana ianya seusia dengan penubuhan Kolej Matrikulasi Perlis.
MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memenuhi kehendak pengguna dengan menyediakan sumber-sumber maklumat serta perkhidmatan yang cepat dan efektif.
VISI
Menjadi pemangkin kepada kejayaan Kolej Matrikulasi Perlis sebagai Institusi Pra Universiti yang cemerlang.
OBJEKTIF
-
Merealisasikan impian menjadikan Perpustakaan KMP sebagai “One Stop Centre”.
-
Menyediakan pelbagai sumber maklumat, perkhidmatan serta bantuan kepada pengguna untuk mengakses maklumat.
-
Berusaha mengukuhkan tabiat membaca serta minat berkunjung ke perpustakaan di kalangan warga KMP.
-
Menyediakan sistem pengurusan perpustakaan yang efektif dan berkesan.
-
Menjadi pemangkin kepada kejayaan keseluruhan warganya, khususnya kejayaan para pelajar.
|