Cetak
Alhamdulillah Tahniah kepada Semua pelajar yang terpilih.
2 orang pelajar ini dari Kolej Matrikulasi Perlis.
#kmpmyhome
#MatrikulasiDihatiku
 
425443577 788613299960447 7840821332059664541 n

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada 35 orang pelajar yang telah berjaya mendapat tajaan Biasiswa Perguruan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melanjutkan pengajian di Australia dan New Zealand. Mereka akan mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Perakaunan.

Sejak tahun 2006, seramai 489 orang pelajar telah mengikuti program ini dan berkhidmat di Kolej Matrikulasi KPM setelah tamat pengajian.

YBrs Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) telah hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan pelajar sebelum berangkat pergi.

Semoga pelajar-pelajar ini akan beroleh kejayaan dan menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan negara setelah tamat pengajian.

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah