Cetak

final dash 2022

Unit Bahasa Inggeris Kolej Matrikulasi Perlis akan menganjurkan program THE FINAL DASH 2022 pada 24 September 2022 bertempat di Makmal Bahasa Kolej Matrikulasi Perlis.

Program yang melibatkan semua pensyarah Bahasa Inggeris dan 140 pelajar ini mensasarkan peningkatan tahap penguasaan kemahiran Speaking menjelang MUET Sesi 3 2022 yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2022 nanti.

Semoga dengan komitmen semua pihak dalam perlaksanaan program ini prestasi pencapaian MUET di Kolej Matrikulasi dapat ditingkatkan.