TAHNIAH !
KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2022/2023
(AMBILAN 3)
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2022/2023 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis. Tarikh Lapor Diri pelajar KMP (Ambilan 3) pada 15 Ogos 2022 (Isnin) jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang Foyer Tutoran A Kolej Matrikulasi Perlis. Pelajar dikehendaki mendaftar secara online mulai 9 hingga 12 Ogos 2022.
PENTING : Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut.
Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar Ambilan 3 yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2022/2023 ke Program Matrikulasi, KPM di Kolej Matrikulasi Perlis. Sila ikuti langkah ini ;
TINDAKAN 1 : SALURAN KOMUNIKASI
Pelajar dan ibubapa pelajar (AMBILAN 3) boleh sertai Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2022/2023 (Group Sementara) untuk mendapatkan informasi berkaitan Pendaftaran & Lapor Diri Pelajar.
Klik & join link Telegram : https://t.me/+fLgicMwwSPUyM2Jl
TINDAKAN 2 : LENGKAPKAN SEMUA DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR
Cetak dan lengkapkan semua keperluan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu seperti dalam Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi, KPM yang telah dibekalkan.
*Klik - Senarai Semak Dokumen Pendaftaran
TINDAKAN 3 : MENYEDIAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ONLINE
*Klik - Panduan e-Pendaftaran Pelajar sebelum mendaftar. Baca dengan teliti dan sediakan maklumat;
Nota : Sila rujuk Panduan e-Pendaftaran Pelajar untuk dapatkan No akaun (BSN) Kolej Matrikulasi Perlis
TINDAKAN 4 : PENDAFTARAN ONLINE (e-PENDAFTARAN)
*Klik e-Pendaftaran Pelajar untuk mendaftar secara dalam talian (online). Ia akan dibuka bermula 9 Ogos hingga 12 Ogos 2022 sebelum jam 4.00 petang (tertakluk kepada perubahan). Pelajar dinasihatkan membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan talian internet dan sebagainya.
TINDAKAN 5: MAKLUMAT TAMBAHAN
(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran & Lapor Diri pada 15 Ogos 2022)
Pertanyaan Sila Hubungi
Tel : 04-9868613/14/15/16
Faks : 04-9868542
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Maklumbalas akan diberi pada Hari Bekerja & waktu pejabat sahaja)
Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui
Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2022/2023)