KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK 2021
Ditulis oleh JK Laman Web KMP
Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) merupakan organisasi yang bergiat aktif dalam membangunkan potensi diri serta potensi rakan pelajar yang lain di samping turut membantu memberi sokongan di dalam menjayakan pelbagai aktiviti kolej matrikulasi. PRD juga merupakan sebuah organisasi pelajar di bawah kelolaan Unit Kaunseling dan Kerjaya KMP. Perana PRD menjurus kepada khidmat bantuan aspek psikososial bagi membantu kesejahteraan emosi rakan pelajar. Bertitik tolak platform tersebut, maka Kursus Kepemimpinan Pembimbing rakan Dinamik telah dilaksanakan pada 11-13 November 2021 yang bertempat di Dewan Banquet KMP bagi memantapkan lagi proses dan kerja buat ahli PRD KMP.
Berikut merupakan objektif kursus yang telah ditetapkan:
- Memantapkan perlaksanaan program PRD di peringkat kolej daripada aspek perjumpaan, penggunaan modul, penulisan laporan aktiviti dan perlaksanaan aktiviti serta organisasi unit.
- Melahirkan para pelajar yang berkarisma, mempunyai jati diri, asertif dan semangat juang yang tinggi di samping mengikuti pengajian dengan sempurna
- Menanam kesedaran kepada menti/pelajar supaya memiliki kemahiran sosial / psikososial yang berkesan sebagai persediaan untuk melengkapi diri menjadi pemimpin pada masa akan datang.
- Memberikan khidmat sosial kepada para pelajar kolej melalui perkongsian pintar, seterusnya menanamkan kesedaran terhadap peri pentingnya kesejahteraan emosi dalam proses PdP