• PSPM2023

Tahniah KMP.

Penglibatan Kolej Matrikulasi Perlis dalam menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara 2021.

Sukan Woodball

9.10.2021

#kmpmyhome

#matrikulasipilihanpertama

May be an image of one or more people, people standing, tree and outdoors

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/woodball-golf-meriahkan-hari-sukan-negara-perlis/

KANGAR: Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri ini disambut meriah dalam pelbagai jenis sukan termasuk woodball dan golf yang dijayakan bermula 8 Oktober sehingga hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Sukan woodball terus disemarakkan sempena sambutan HSN apabila sukan tersebut dimainkan di kesemua lapan gelanggang di negeri ini sepanjang tiga hari tersebut oleh pelbagai agensi, individu dan kumpulan tertentu dengan sokongan Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs). 

Pelbagai pertandingan dalaman jabatan dan riadah santai dimainkan oleh setiap jabatan yang merupakan pemilik gelanggang termasuk penglibatan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Giat Mara. 

Kelab-kelab persendirian seperti Arau Woodball Club dan Woodpecker Team turut membawa individu lain yang bukan di bawah jabatan untuk menyertai agenda HSN melalui sukan woodball ini. 

Sementara itu, bagi sukan golf pula, Kelab Golf Putra (KGP) Perlis tidak ketinggalan memainkan peranannya mengambil bahagian dalam HSN dengan menganjurkan acara golf santai di Sungai Batu Pahat. 

Selain itu. beberapa agensi turut menganjurkan aktiviti masing-masing seperti  Pejabat Tuanku Raja Perlis melalui aktiviti senamrobik dan pelbagai jenis sukan lain, Rejimen 504 Askar Wataniah (senaman), Tenaga Nasional Berhad (TNB) (larian), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) (senamrobik) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan pelbagai jenis sukan. – UTUSAN

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today531
Yesterday611
This week2222
This month20663
Total889958

Scroll to top