Cetak

1

2

3

 

8 Oktober 2021 - Selaras dengan Sidang Media Pengoperasian Sekolah oleh YB Menteri Kanan Pendidikan pada 12 September 2021, semua Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 17 Oktober 2021.

Bagi memastikan kolej telah membuat persediaan yang sewajarnya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa, pihak BMKPM menghantar wakil pegawai untuk membantu memastikan pembukaan kolej berjalan lancar.

Wakil BMKPM yang berkunjung ke KMP ialah Pn. Nor Asnidar Binti Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan BMKPM dan Cik Sulha Binti Alias, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar BMKPM.