Cetak

semua

PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM anjuran USIM bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2021. Seramai 8 orang pendebat utama bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, yang turut dibantu oleh 7 orang researchers telah dipilih untuk mewakili Kolej Matrikulasi Perlis.

Pelajar atau penonton boleh menonton pertandingan debat ini melalui aplikasi Zoom untuk peringkat saringan sehingga ke separuh akhir. Setelah usul dan perlawanan ditentukan, penonton boleh masuk ke bilik-bilik sidang yang ingin ditontoni melalui pautan https://linktr.ee/kelabdebatusim3 . Untuk memudahkan admin bagi aplikasi zoom setiap sidang, penonton boleh meletakkan nama PENONTON_Nama/ AUD_Nama.

Diharapkan pasukan ini mendapat sokongan padu dan doa warga Kolej Matrikulasi Perlis. Semoga usaha keras pasukan ini membuahkan hasil.

bi

Pasukan Debat Bahasa Inggeris KMP

bm

Pasukan Debat Bahasa Melayu KMP