Cetak

TAHNIAH....

RnD

Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah dijalankan pada 26 - 28 Oktober.

Sepanjang tempoh tersebut, peserta yang terdiri dikalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan guru Kolej Tingkatan Enam (KTE) seluruh Malaysia telah membentang laporan penulisan masing-masing secara atas talian.

Pn. Uvathi a/p Mariappan dan En. Fadzil Bin Mohamad dari Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) telah mendapat Tempat Pertama Anugerah Penyelidikan Terbaik kategori Bahagian Matrikulasi, diikuti oleh pembentang dari Kolej Matrikulasi Pahang mendapat Tempat kedua, dan tempat Ketiga dimenangi oleh Kolej Matrikulasi Labuan.

Manakala bagi Anugerah Penyelidikan Terbaik Keseluruhan, Tempat Pertama dimenangi oleh IAB Cawangan Genting Highlands, Tempat kedua dimenangi oleh IPGM Kampus Bahasa Melayu dan Tempat Ketiga dimenangi oleh IPGM Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semoga ia memberi semangat lagi untuk terus menghasilkan kajian yang lebih berinovasi dan berkualiti.