Cetak

PERTANDINGAN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (e-waste)

PERINGKAT NEGERI PERLIS

TAHUN 2020 

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mewujudkan inisatif Belanjawan Tahun 2020 bagi melaksanakan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik di seluruh negara.

Selaras dengan inisiatif tersebut, Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan Kempen Pegumpulan Buangan Elektrik & Elektronik sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Kebangsaan di seluruh negara bermula pada 23 September hingga 31 Oktober dengan penetapan sasaran pengumpulan sebanyak 63,000 kg seluruh negara.

Warga KMP melalui JK EKSA telah mengambil inisiatif bagi menyertai pertandingan ini. Jumlah keseluruhan barangan elektrik & elektronik yang berjaya terkumpul melebihi 2000 kg.

Terima kasih & tahniah kepada seluruh warga KMP yang telah menyumbang.

(Proses pengkelasan dan menimbang barangan pada 31 Oktober 2020, Sabtu, oleh syarikat yang dilantik dengan dicatat oleh JK EKSA KMP)

e-waste