Cetak

depan-rejuPada 04 Februari 2018 yang lalu Program Rejuvenasi telah diadakan bertempat di Dewan Sri Kayangan KMP. Program ini lebih menjurus ke arah membangkitkan semula semangat diri pelajar Program Matrikulasi KPM yang telah memasuki semester baharu. Intipati program ini diterapkan dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus untuk pelajar-pelajar semester akhir.

Persaingan sengit antara pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang serta melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi jelas menunjukkan bahawa hanya pelajar yang benar-benar berkualiti berpotensi untuk menggapai kejayaan. Berkualiti di sini bukan hanya disandarkan kepada prestasi akademik sahaja tetapi yang lebih penting adalah ciri-ciri kemahiran insaniah.

Justeru itu, program ini dirancangkan dan diharapkan dapat membantu bakal mahasiswa/siswi menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa menjalani proses pembelajaran di alam universiti nanti.

pic-reju