Cetak

kagem-introPada 3 hingga 4 March 2018,Kolej Matrikulasi Perlis telah mengadakan Kejohanan Gemilang (KAGEM) peringkat matrikulasi bertempat di padang Kolej Matrikulasi Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Huzairi B. Hasan selaku ketua jabatan unit ko-kurikulum. Program ini telah disertai seramai 1000 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan beberapa guru jemputan. Program KAGEM telah dicetuskan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) daripada sesi yang lepas dan dilaksanakan sebagai program tahunan kolej.

Pengisian program yang dijalankan dalam KAGEM ini tetap mengambil kira lapan nilai teras iaitu kesopanan, kebersihan, kekemasan, ketepatan, kebertanggungjawaban,kerjasama ,kesyukuran dan kecemerlangan. Aktiviti yang dijalankan adalah dibawah pengendalian guru sukan dan JPP di mana pengisian aktiviti senamrobik dan perlawanan permainan antara blok kediaman pelajar diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga KMP secara menyeluruh.

Program KAGEM ini berlangsung selama 2 hari 1 malam,di mana program ini bermula dengan malam kebudayaan. Ramai pelajar yang telah mengambil bahagian pada malam kebudayaan dengan mempersembahkan bakat mereka. Tambahan lagi malam kebudayaan ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar Kolej Matrikulasi Perlis yang lain sebagai penonton. Keesokanharinya, aktiviti perlawanan antara blok kediaman telah berlangsung dengan jayanya dibantu oleh sukarelawan KAGEM. Pada hari terakhir KAGEM, semua pelajar terlibat dalam aktiviti akhir iaitu acara perbarisan mewakili blok kediaman masing-masing. Akhir sekali acara penyampaian Hadiah dilakukan kepada para pemenang.

kagem