Cetak

3

  

Program  Marathon dan Reset Go Excel ini adalah salah satu inisiatif di peringkat Jabatan untuk meningkatkan prestasi pelajar Perakaunan dan Sains di dalam PSPM. Program ini dilaksanakan dalam dua siri iaitu pada 8 Oktober 2017 (Siri 1) dan 29 Oktober 2017 (Siri 2). Program ini adalah untuk pelajar yang terpilih berdasarkan sasaran yang dibuat di peringkat kolej. 

Di antara objektif program ini adalah supaya peserta dapat menguasai topik-topik yang sukar difahami untuk jurusan perakaunan dan sains serta memberi kesedaran tentang kepentingan menuntut ilmu.
 
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar Kolej Matrikulasi Perlis selaras dengan KPI kolej iaitu untuk mencapai 100% pelajar lulus. Semoga pelajar memanfaatkan peluang yang diberi seterusnya menjadi insan yang cemerlang yang bakal mencorak pembangunan Negara pada masa akan datang.