Cetak

 

WhatsApp Image 2017-08-18 at 4.06.32 PM 1

Audit Dalaman Kolej Matrikulasi Perlis akan berlangsung pada minggu ini bermula dari 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017. Seramai 26 orang juruaudit ditugaskan sepanjang proses audit dalaman ini berlangsung. Mesyuarat pembukaan telah disempurnakan oleh Puan Mardiana binti Abd Rahim selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Kuliah 2 manakala mesyuarat penutup akan dilaksana pada 6 September 2017. Diharap warga Kolej Matrikulasi Perlis dapat bersedia dan memberi kerjasama sepanjang proses audit ini berlangsung.