Cetak

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Ambilan Kedua dan Rayuan pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum dan pada 11 Mei 2017,
boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut : [ http://www.moe.gov.my ]

Sehubungan itu bagi calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017 :
1. Surat Tawaran
2. Panduan Pendaftaran Pelajar
3. Maklumat Peribadi Pelajar
4. Akuan persetujuan ibubapa/penjaga  & kesihatan pelajar
5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)