Cetak

TAHNIAH !

  KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2017/2018

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2017/2018 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Perlis.

TARIKH LAPOR DIRI ADALAH

PADA 5 JUN 2017 (ISNIN) MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI.

 

PENTING: Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut;

TINDAKAN 1

Daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia ( http://matrikulasi.moe.gov.my ) pelajar perlu mencetak , melengkap dan membawa dokumen pendaftaran berikut bagi keperluan semasa lapor diri di Kolej Matrikulasi Perlis iaitu:

  1. Surat Tawaran Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis
  2. Dokumen Peribadi Pelajar Kolej Matrikulasi
  3. Maklumat Pelajar
  4. Akuan Persetujuan Ibubapa
  5. Pengakuan Bebas Dadah
  6. Lampiran Surat Beranak dan Kad Pengenalan – sila sahkan
  7. Panduan Mengisi Borang Perjanjian
  8. Borang Perjanjian Pengambilan Dan Pembiayaan Pelajar (PPM/BM.1/99-Pin-3) berserta setem hasil RM 10.00 sebanyak dua (2) keping. – 2 set lengkap
  9. Panduan Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

TINDAKAN 2 : e-PENDAFTARAN

  1. Pelajar dikehendaki mendaftar secara atas talian e-Pendaftaran Pelajar [ klik ] untuk melancarkan sesi  pendaftaran & lapor diri pada 5 Jun 2017 (Isnin) di KMP. Sila baca dengan teliti, cetak dan patuhi tatacara tindakan panduan e-Pendaftaran [ muat turun ] sebelum mendaftar.
  2. Bagi mendapatkan No akaun Kolej Matrikulasi Perlis sila rujuk;
    1. Contoh Slip Bank Pembayaran Yuran – Pelajar Jurusan Perakaunan [ muat turun ]
    2. Contoh Slip Bank Pembayaran Yuran – Pelajar Jurusan Sains [ muat turun ]
  3. Untuk makluman bakal pelajar, e-Pendaftaran dibuka mulai 15 Mei hingga 31 Mei 2017 sahaja .

TINDAKAN 3: MAKLUMAT TAMBAHAN

(Sila baca dengan TELITI dan CETAK untuk kelancaran proses pendaftaran)

  1. Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Di Kolej Matrikulasi Perlis - Cetak ]
  2. Pelekat Kenderaan ( CETAK dan PAPARKAN pada cermin hadapan kenderaan pembawa pelajar bagi memudahkan petugas lalu lintas). Jika anda di tempatkan di blok asrama berikut :
    1. Blok Asrama A1, A2, A3 & Pelajar Perempuan Yang Belum Mendaftar Online Cetak A3 ]
    2. Blok Asrama B1, B2 dan B3 – Cetak B1 ]
    3. Blok Asrama C1, C2, C3 dan Pelajar Lelaki Yang Belum Mendaftar Online Cetak C1 ]
  3. Pelan Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Perlis – Cetak ]
  4. Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 – Cetak ]

TINDAKAN 4: RUJUKAN PELAJAR & IBUBAPA

Cetak jika perlu:

  1. Garis Panduan Etika Pakaian Semasa Pendaftaran, urusan rasmi & menghadiri kelas [ muat turun ]
  2. Tak Kenal Maka Tak Cinta, KMP DiHatiku [ muat turun ]
  3. Senarai Penginapan sekitar Negeri Perlis [ muat turun ]

    Pertanyaan Sila Hubungi

    Tel: 04-9868613/14/15/16
    Faks: 04-9868542
    Hotline Pendaftaran: 010-8394678 (Urus Setia)
    Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.