Cetak

idica-hla

Jawatankuasa Kumpulan Inovatif Kreatif, Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Cabaran MyInovasi KMP 2.0 pada 24 Mac 2017 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Pertandingan inovasi pada kali ini bertemakan 3R ‘Reduce, Reused and Recycle’bagi menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar dan Pensyarah. Program pada kali ini menyaksikan kombinasi tiga acara utama iaitu pertandingan inovasi untuk Anugerah iDICA 2017 (Idea, Innovation and Creativity Award), Sadaqa Theme Park dan Kids Create Workshop.

Pertandingan inovasi dipertandingkan kepada pelajar dan pensyarah meliputi dua Katogeri iaitu Pameran secara berkumpulan dan Pitch For Idea (pembentangan). Majlis Perasmian penutup dan Penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Mardiana binti Abdul Rahim dengan pemenang bagi Kategori Anugerah Emas Terbaik Keseluruhan bagi Pensyarah Inovatif pada tahun 2017 diungguli oleh Encik Mohamad Jusoh Md Isa. Manakala Saudari Ayuni Zafirah bt Ahmad mengungguli Anugerah Emas bagi Katogeri Pelajar Inovatif. Majlis yang sederhana namun meriah ini telah dijayakan dengan kerjasama para juri jemputan daripada Universiti Teknologi MARA,Cawangan Perlis dan Universiti Malaysia Perlis. Pihak Penganjur mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menonjolkan bakat inovasi masing-masing. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa induk dan pelaksana serta crew pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan Cabaran MyInovasi KMP 2.0 pada kali ini.

Pameran Pensyarah

pameran-pensyarah1

pameran-pensyarah2

Cabaran MyInovasi KMP dimeriahkan dengan bengkel inovasi untuk anak anak cilik staf  KMP

anakstaf

Sadaqa Theme Park dengan tema Sedekah Sayang mencetuskan keperihatinan warga KMP menyumbangkan makanan, minuman, pakaian dan pelbagai aksesori kepada semua warga kolej.

sadaqa